Wednesday 3 July 2019

4th Pregnancy : HB Rendah dan Statik

Kredit pada Annur Syuhadah. Ni antara entri yg membantu
Bila dah mengandung memang takde benda lain la kan, HB tu memang menghantui. Well said, masalah pregnancy bagi kebanyakan ibu-ibu adalah anemia waktu mengandung. Pernah member beritahu memang orang darah O lagi mudah kena anemia dan jaundis pada baby lepas bersalin.

Tapi setakat ni takdelah teruk sangat. Kandungan sebelum ni paling rendah pernah dapat 8.9 bacaannya. Untuk kali ni dia turun naik tak lari jauh dan selalu je statik walaupun makan ubat dan makanan macam-macam.

 10.5 - 10.6 - 10.4 - 10.5
Pusing-pusing kat situ je dan memang aku ada masalah nak makan ubat. Liattt sangat. Tapi bila doktor beritahu aku..

HB NI BUKAN SETAKAT DARAH RENDAH KE APA TAPI INILAH PENENTU SEJAUH MANA BABY DAPAT BEKALAN OKSIGEN YG MENCUKUPI SEPANJANG DIA DUDUK DALAM PERUT MUMMY.
Haaa aku terus macam OMG.. kesiannya anak! Terbayang dia duduk dalam bilik sempit lepas tu tingkap tertutup rapat. Boleh bernafas tapi tak puas. Kesiannyaaaa

Gigihla aku makan ubat tapi masalahnya bila makan ubat 4 serangkai dari KK (vitamin C, vitamin B complex, acid folic, iron), aku akan mual pening bagai. Dan naik HB pun 0.1 je macam tu.


Doktor tukar pada Iberet. Sebab kandungan sebelum ni aku pernah sampai demam muntah-muntah menggigil lepas makan Iberet, makanya kali ni aku cuba macam-macam cara yang aku baca dari hasil blogwalking antaranya :

1. Makan 2 jam selepas makan malam (sebelum tidur
)
- pening lalat, melepek tak boleh buat kerja

2. Set alarm pukul 2, makan ubat lepas tu laju-laju tidur balik.
- lepas makan susah nak tidur. Macam pening lalat tapi aku gigih la set kat minda takde apapun takde apapun.. sekaliii pukul 4 aku terjaga dan muntah sampai kuning-kuning keluar sebab perut kosong. Pening sampai tengahari. Terpaksa minta tolong suami tapau sarapan dari luar untuk dia dan anak-anak. Sobss..

3. Makan dengan jus oren. Siap makan oren sebiji nak bagi hilang pening.
- End up muntah dan lembik lunyai sepanjang hari

4. Makan lepas makan makanan berat
(haha! Ni dah frust sangat)
- muntah jugak! Haihhh.. lain-lain cara pun tak jalan..

Akhirnya mengadu kat doktor jugak. Dan doktor bagi ubat Maltofer. Menggigil weh nak makan. Serik pun ya. Fobia pun ya. Kalau kita ni surirumah, takde kerja lain, boleh baring je takpe jugak. Ni nak urus rumah, tengok anak-anak lain lagi. Aduh.. kesian suami dan anak-anak. Seminggu tu berapa kali makan kat luar sebab mak diorang melepek lembik melonyot kat tilam.

Setakat ni, bolehlah nak kunyah Maltofer ni. Rasa coklat versi ubat. Kunyah laju-laju sebab rasa ubat tu tetap ada. Alhamdulillah tak pening dan tak melepek. Cuma tak tau berkesan ke tak. Esok checkup kat KK nanti aku update eh.
Kredit KakNa Journey. Sebab entri ni la aku dapat gagahkan diri telan Maltofer


Di samping makan ubat, usahakan juga makan makanan yg boleh naikkan HB. Aku kongsikan nenda yg aku buat dan alhamdulillah memang terasa badan lebih bertenaga, kurang pitam dan lemah.

1. Jadikan buah dan kekacang sebagai snek harian. Best campur dengan yogurt
2. Amalan pemakanan sunnah sekurangnya kismis secara istiqamah (kurma, buah tin, kekacang)
3. Makan sedikit tapi kerap

.. dan paling penting, pakar pemakanan beritahu aku..

MAKAN BUAH TAK MENAIKKAN BACAAN HB MELAINKAN MAKAN BUAH TU SEBELUM MAKAN MAKANAN BERAT. BUAH TU BERFUNGSI SEBAGAI PEMBANTU PENYERAPAN MAKSIMUM ZAT BESI DARI MAKANAN LAIN. BARULAH MENJADI.

Apapun, pilih snek berkhasiat sepanjang kehamilan sebab baby pun join sama tauu

Love,
Flizwn