Wednesday, 3 July 2019

4th Pregnancy : HB Rendah dan Statik

Kredit pada Annur Syuhadah. Ni antara entri yg membantu
Bila dah mengandung memang takde benda lain la kan, HB tu memang menghantui. Well said, masalah pregnancy bagi kebanyakan ibu-ibu adalah anemia waktu mengandung. Pernah member beritahu memang orang darah O lagi mudah kena anemia dan jaundis pada baby lepas bersalin.

Tapi setakat ni takdelah teruk sangat. Kandungan sebelum ni paling rendah pernah dapat 8.9 bacaannya. Untuk kali ni dia turun naik tak lari jauh dan selalu je statik walaupun makan ubat dan makanan macam-macam.

 10.5 - 10.6 - 10.4 - 10.5
Pusing-pusing kat situ je dan memang aku ada masalah nak makan ubat. Liattt sangat. Tapi bila doktor beritahu aku..

HB NI BUKAN SETAKAT DARAH RENDAH KE APA TAPI INILAH PENENTU SEJAUH MANA BABY DAPAT BEKALAN OKSIGEN YG MENCUKUPI SEPANJANG DIA DUDUK DALAM PERUT MUMMY.
Haaa aku terus macam OMG.. kesiannya anak! Terbayang dia duduk dalam bilik sempit lepas tu tingkap tertutup rapat. Boleh bernafas tapi tak puas. Kesiannyaaaa

Gigihla aku makan ubat tapi masalahnya bila makan ubat 4 serangkai dari KK (vitamin C, vitamin B complex, acid folic, iron), aku akan mual pening bagai. Dan naik HB pun 0.1 je macam tu.


Doktor tukar pada Iberet. Sebab kandungan sebelum ni aku pernah sampai demam muntah-muntah menggigil lepas makan Iberet, makanya kali ni aku cuba macam-macam cara yang aku baca dari hasil blogwalking antaranya :

1. Makan 2 jam selepas makan malam (sebelum tidur
)
- pening lalat, melepek tak boleh buat kerja

2. Set alarm pukul 2, makan ubat lepas tu laju-laju tidur balik.
- lepas makan susah nak tidur. Macam pening lalat tapi aku gigih la set kat minda takde apapun takde apapun.. sekaliii pukul 4 aku terjaga dan muntah sampai kuning-kuning keluar sebab perut kosong. Pening sampai tengahari. Terpaksa minta tolong suami tapau sarapan dari luar untuk dia dan anak-anak. Sobss..

3. Makan dengan jus oren. Siap makan oren sebiji nak bagi hilang pening.
- End up muntah dan lembik lunyai sepanjang hari

4. Makan lepas makan makanan berat
(haha! Ni dah frust sangat)
- muntah jugak! Haihhh.. lain-lain cara pun tak jalan..

Akhirnya mengadu kat doktor jugak. Dan doktor bagi ubat Maltofer. Menggigil weh nak makan. Serik pun ya. Fobia pun ya. Kalau kita ni surirumah, takde kerja lain, boleh baring je takpe jugak. Ni nak urus rumah, tengok anak-anak lain lagi. Aduh.. kesian suami dan anak-anak. Seminggu tu berapa kali makan kat luar sebab mak diorang melepek lembik melonyot kat tilam.

Setakat ni, bolehlah nak kunyah Maltofer ni. Rasa coklat versi ubat. Kunyah laju-laju sebab rasa ubat tu tetap ada. Alhamdulillah tak pening dan tak melepek. Cuma tak tau berkesan ke tak. Esok checkup kat KK nanti aku update eh.
Kredit KakNa Journey. Sebab entri ni la aku dapat gagahkan diri telan Maltofer


Di samping makan ubat, usahakan juga makan makanan yg boleh naikkan HB. Aku kongsikan nenda yg aku buat dan alhamdulillah memang terasa badan lebih bertenaga, kurang pitam dan lemah.

1. Jadikan buah dan kekacang sebagai snek harian. Best campur dengan yogurt
2. Amalan pemakanan sunnah sekurangnya kismis secara istiqamah (kurma, buah tin, kekacang)
3. Makan sedikit tapi kerap

.. dan paling penting, pakar pemakanan beritahu aku..

MAKAN BUAH TAK MENAIKKAN BACAAN HB MELAINKAN MAKAN BUAH TU SEBELUM MAKAN MAKANAN BERAT. BUAH TU BERFUNGSI SEBAGAI PEMBANTU PENYERAPAN MAKSIMUM ZAT BESI DARI MAKANAN LAIN. BARULAH MENJADI.

Apapun, pilih snek berkhasiat sepanjang kehamilan sebab baby pun join sama tauu

Love,
Flizwn


Saturday, 29 June 2019

Segmen Kad Raya 2019 Naniena.com

Disebabkan aku mula nak aktif balik dalam dunia blogging, jadi kenalah rajin ziarah menziarahi dan support Giveaway/Contest dari rakan blogger. Ni Segmen pertama aku join sebab aku suka gila hadiah dia.

Kad Raya wehhhh! Nostalgia gila. Bertahun aku tak merasa Kad Raya. Sobss

Klik di sini
Syarat-syarat penyertaan :
  1. Buat satu entri bertajuk : SEGMEN KAD RAYA 2019 NANIENA.COM 
  2. Copy banner segmen di atas masukkan ke dalam entri segmen 
  3. Follow blogFollow instagramFollow/Add facebookLike page facebook
  4. Tag beberapa rakan anda
  5. Lepas itu, dah boleh submit url entri bawah kotak komen segmen ini sahaja
  6. Segmen bermula 17.05.2019-24.05.2019*DILANJUTKAN SEHINGGA DIBERITAHU
Hadiah : *update 15/06
  • 25 x KAD RAYA LIMITED 2019
  • 25 x KAD RAYA LIMITED 2018

Syarat mudah tapi aku nak kena belajar balik cara follow blog orang XD adoii haha rupanya lama sangat tinggal sampai lupaaa..

Btw, maaf saya tak dapat follow Facebook sebab tak ada Facebook Account. Sorryyy

Selamat Hari Rayaa untuk semua pencinta keyboard XOXO

Oh ya.. I'm tagging :

Tengku Butang (dulu rajin join GA cik akak ni)

Sunday, 23 June 2019

4th Pregnancy : Mengandung & Stress

Aku mulakan entri pembukaan dengan pengalaman mengandung anak keempat ni. Alhamdulillah beberapa tahun sebelum mencecah 30-an, rezeki mengandung anak ke 4. Kalau ikutkan EDD 15 Julai 2019 tapi banyak sangat benda yang jadi sepanjang kandungan kali ni.

Serius, rasa macam kemuncak sangat dan baru aku faham kenapa orang kata depression ni tak boleh bawak main. Bermula dari masalah tempat kerja, morning sickness lagi, hilang selera makan, jaga anak-anak yg lain, jaga rumah, suami lagi, aku jadi macam lost sekejap terutama waktu 2nd trimester. Tak pasti macamana orang lain kena tapi ini yg aku hadap sepanjang pregnancy ni

ANTARA GANGGUAN YG AKU ALAMI

1. Hilang minat dengan kandungan

- tak taulah orang lain tapi ajaibnya perasaan motherhood tu bg aku walaupun dah berkali-kali mengandung, excited tu tetap sama. Tetap nak track perkembangan janin kat internet. Tapi kali ni aku jd lost. Baby gerak ke, makanan penting untuk janin ke apa ke aku hilang minat nak membaca dan ambil tahu semua tu

- waktu checkup dekat KK, doc perasan aku hilang minat. Dia scan pun aku tak excited nak tengok. Doc tu tunjuk baby berenang guling-guling taknak tunjuk jantina tapi aku takde respon dan aku cuma perasan benda tu bila doc tanya aku ada masalah atau apa-apa. Aku cuma cakap aku masih morning sickness dan tak sihat sebab aku taknak jumpa pakar kaunseling. Aku nak sendirian macam tu. Doc tu tetap nampak risau, siap pegang tangan sebelum aku keluar bilik dan minta aku beritahu dia kalau ada apa-apa masalah

2. Hilang semangat nak teruskan hidup

- setiap pagi akan struggle nak bangun pagi walaupun malam tu tak lena/tak tidur langsung.
- paling menakutkan bila aku biar suami tak bangun Subuh sebab aku taknak bangun dan hadap hari tu. Aku biar dia tak solat.. sobs.. aku biar anak-anak tidur lewat supaya diorang bangun lewat esoknya. Aku biar diorang tak pergi sekolah/taska
- solat tu memang takde perasaan apa. Doa straight macam budak-budak baru belajar solat
- termenung kat sejadah sampai 2 jam tanpa sedar tapi otak tak fikir apapun
- banyak termenung
- takde nak pakai-pakai losyen, skrub dan segala mak nenek skincare

3. Putuskan hubungan

- semua call aku tak jawab
- Whatsapp/mesej aku tak balas walaupun mesej-mesej biasa mahupun dari customer  (niaga online)
- stop promo produk walaupun tgh waktu puncak sale
- komitmen kerja merudum, tak minat nak jelaskan semua salah faham. Biar orang terus menghukum

4. Emosi

- anak salah sikit aku melenting
- terasa sungguh bila anak buat perangai padahal diorang budak lagi. Aku dah rasa macam diorang tak sayang dan tak kenang jasa. Haihh.. teruk betul emosi waktu tu. Diorang tu menyapu sampah pun tak masuk penyodok betul-betul
- tak percaya suami
- semua kebaikan suami aku pertikai dalam hati (ada udang di sebalik batu dll)
- berhenti tengok cermin


Hah banyak sangat kan dan banyak lagi! Bila fikir balik, teruk betul aku ni. Macam hilang harapan. Padahal aku ada Tuhan untuk aku mengadu.

Mujurlah aku tak tenggelam terlalu lama. Ramadhan buat aku sedar balik dan sekarang berbaki 3 minggu sebelum due, aku beritahu husband aku nak enjoy pregnancy ni. Rasa bersalah sangat kat husband tapi sebabkan ujian-ujian kali ni, kami banyak luahkan perasaan, bincang dan sekarang masing-masing mula nak baiki semula semua kesilapan.

Besarnya hikmah ujian tu kalau kita pandai kaitkan dengan kasih sayang Tuhan. Sekurangnya aku masih hidup untuk baiki semua yg berlalu.

Sekarang aku fokus balik pemakanan, penjagaan utk last trimester. Berdebar sangat sebab doc beritahu baby tak membesar dari 32 weeks yg lepas (awal Ramadhan) waktu aku tengah stress teruk tu (sekarang masuk 37 weeks). Memang doa gila-gila supaya baby tak ada apa. Tak mampunyaaa sebab salah aku yang tak pandai handle perasaan, baby jadi mangsa. Tapi baby sangat-sangat aktif.

Tunggu appoinment refer ke Hosp Sg Buloh.

Banyak aku research pasal Stress During Pregnancy ni. Antara yg aku rasa penting utk share di sini :

Mingguan Wanita : 
Fahamkan ini : Keadaan emosi ibu semasa mengandung inilah nanti yang akan mempengaruhi kesihatannya, fisiologi tubuh serta emosi anak dalam kandungan.

My Health
Adalah amat penting untuk ibu mahupun orang di sekeliling untuk mengetahui secara umum tanda-tanda gangguan emosi ataupun masalah mental bagi membolehkan ibu mendapat rawatan secepat mungkin. Ini kerana gangguan emosi ataupun masalah mental pada ibu mengandung boleh mempengaruhi proses mengandung, bayi dalam kandungan serta semasa dan selepas bersalin nanti.

Pa & Ma :
Menurut kajian Psychological Science, janin berusia enam bulan boleh terpengaruh dengan emosi ibu dan kesannya dapat dilihat dalam jangka masa panjang iaitu selepas bayi dilahirkan.
Berikut ini antara kesan yang boleh berlaku ke atas bayi sekiranya emosi ibu kerap terganggu sepanjang hamil.
1. Kadang kala ibu hamil juga ada mengalami stres yang ringan sekali-sekala. Jangan risau, kerana ini tidak memberi kesan kepada bayi tetapi awas sekiranya ibu kerap mengalami stres teruk diikuti tekanan kerana kesan buruk akan terjadi kepada emosi bayi kelak.
2. Ibu yang terlalu kerap stres dan risau berlebihan mungkin akan melahirkan bayi yang mudah gelisah dan kolik yang akan membuatkan bayi berusia bawah tiga bulan menangis selama berjam-jam tanpa sebarang sebab dan sukar ditenangkan.
3. Tubuh ibu hamil yang stres akan menghasilkan hormon stres. Walaupun emosi ibu tidak melalui plasenta, tetapi hormon akan melaluinya. Jadi, bila ibu stres maka hormon stres yang diterima janin juga semakin banyak.
4. Kemurungan sewaktu hamil biasanya hampir sama dengan selepas bersalin. Dikatakan 10% ibu hamil mengalami tekanan tersebut tetapi yang perlu dipantau adalah kesannya kepada janin yang dikandung.
5. Bayi yang lahir daripada ibu yang mengalami tekanan semasa mengandung mempunyai risiko 1.5 kali ganda lebih besar untuk mengalami tekanan apabila mencecah usia 18 tahun dan boleh mengalami gangguan emosi seperti perilaku agresif.
6. Selain tekanan, ibu hamil yang ada menyimpan perasaan dendam atau benci terhadap seseorang turut boleh memberi kesan buruk kepada bayinya.Ibu yang tidak rapat dengan bayi dalam kandungan boleh menyebabkan anak mengalami gangguan emosi
=======
Nota : Untuk semua ibu dan bakal ibu di luar sana, percayalah anda hebat dan sentiasa ada harapan selagi kita percaya pada aturan dan hikmahNya
Flizwn

Saturday, 22 June 2019

5 Tahun : Blogging Semula

Jiwa menulis memang tak boleh padam dari diri walaupun banyak benda dan perubahan yang jadi dalam diri. Nak tak nak, akhirnya aku buka balik blog ni mujur password tak lupa dan kembali sbg anonymous. Blog lama yg lebih banyak entri, reader dan lain-lain tu aku simpan dulu sebagai kenangan.

Yes, I'll start blogwalking semula dan drop comment kat entri-entri korang yg selama ni jadi silent reader je. Jejak kasih dgn blog lepas akaun Instagram @flizwn dah delete.. sobss..

Dan paling buat aku berkobar bilamana usia dah makin meningkat, aku sedar banyak manfaat yg aku dapat dari penulisan orang lain. Aku rasa mana tahu dgn perkongsian aku sedikit sebanyak akan bagi manfaat pada orang lain juga.

Terima kasih khusus pada semua BLOGGER yg susah payah menulis dan berkongsi. Percayalah, walaupun macam tak dapat sambutan, komen pun kurang, korang tak tau berapa ramai yg dapat manfaat dan mendoakan kesejahteraan korang sbg penghargaan atas apa yang korang tulis.

JANGAN PUTUS ASA UTK TERUS MENJADI MANUSIA TERBAIK

Wednesday, 2 December 2015